black and white bed linen

Sistem Fertigasi Pintar Berasaskan IoT & AI

Automasi ladang dengan teknologi pertanian pintar yang mampu mengawal pembajaan, penyiraman, pemantauan sensor dan pengurusan fertigasi secara automatik — lebih tepat, lebih mudah dan lebih menjimatkan.

✅ Pembajaan dan pengairan automatik
✅ Kawal ladang dari mana sahaja
✅ Ketepatan penggaulan EC melebihi 97%
✅ Jimat baja, air dan tenaga kerja
✅ Teknologi IoT & AI untuk pertanian moden

Apa itu EZ Farm?

Pertanian Pintar Bermula Di Sini

EZ Farm ialah sistem kawalan fertigasi automatik automatik berasaskan Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) yang direka untuk membantu petani mengurus ladang dengan lebih mudah, tepat dan efisien. EZ Farm mampu:

  • Mengurus jadual pembajaan dan pengairan mengikut fasa tanaman bagi keseluruhan musim

  • Mengawal pengisian tangki air secara automatik

  • Menghasilkan bancuhan baja mengikut nilai EC yang diperlukan dengan ketepatan 97% - 100%

  • Mengawal pam bagi penggiliran siraman baja (pembajaan) dan siraman air (pengairan) secara automatik

  • Memantau keadaan ladang (suhu, kelembapan tanah, paras air tangki dan sebagainya) secara masa nyata

Semua kawalan dan pemantauan boleh dilakukan melalui sistem berasaskan web EZ Farm.

Masalah Petani

Cabaran sistem fertigasi konvensional yang menyulitkan kerja harian petani.

Ketepatan Bancuhan Baja Rendah

Bancuhan baja A & B dilakukan secara manual menyebabkan nilai EC tidak konsisten dan berlaku pembaziran baja.

Sukar Dipantau dari Jauh

Sistem konvensional tidak mempunyai pemantauan masa nyata (real-time), menyebabkan petani perlu sentiasa berada di kebun.

Kerja Manual yang Tinggi

Petani perlu mengawal injap paip, membancuh baja, mengisi tangki dan menetapkan jadual siraman secara manual setiap hari.

Kesihatan Pokok Tidak Konsisten

Sistem fertigasi konvensional tidak mempunyai proses penggaulan aktif di dalam tangki menyebabkan berlaku nutrient stratification dan kandungan dissolved oxygen (DO) yang rendah. Keadaan ini menyebabkan akar menerima nutrien dan oksigen yang tidak sekata, seterusnya menjejaskan kesihatan serta pertumbuhan pokok.

Risiko Kesilapan Manusia yang Tinggi

Kesilapan menetapkan jadual siraman, sukatan baja atau kawalan injap boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman.

Kelebihan EZ Farm

Kenapa petani pilih EZ Farm?

Automasi penuh fertigasi sepanjang musim penanaman

EZ Farm mengawal proses pembajaan dan penyiraman secara automatik mengikut jadual tanaman dan nilai EC bagi keseluruhan musim sekaligus mengikut fasa.

Bancuhan baja menggunakan kaedah Fuzzy Auto-tuning

Proses bancuhan baja secara automatik menggunaan teknologi AI berasaskan Fuzzy Logic berjaya menghasilkan ketepatan bancuhan yang tinggi antara 97% - 100%, berbanding kaedah manual yang menghasilkan ketepatan bancuhan serendah 87%.

EZ Farm melaksanakan proses penggaulan baja secara automatik sebelum setiap sesi pembajaan bagi mengelakkan Nutrient Stratification, menstabilkan EC dan meningkatkan kandungan Dissolved Oxygen (DO).

Pre-Irrigation homogenization
Pemantauan berterusan menggunakan IoT

Semua data sensor dihantar secara masa nyata ke pelayan (server) EZ Farm bagi pemantauan jarak jauh melalui peranti mudah alih.

Menjimatkan Penggunaan Baja

Penggunaan baja yang lebih tepat berjaya membantu mengurangkan pembaziran dan kos baja sehingga 15% berdasarkan ujian lapangan yang telah dilaksanakan.

Petani tidak lagi perlu menukar injap paip secara manual setiap hari, mengisi tangki setiap hari dan menyukat bancuhan baja secara manual.

Kurang Kerja Manual

Aplikasi Web

Aplikasi EZ Farm berasaskan web merupakan platform pintar berasaskan web yang membolehkan petani memantau dan mengawal keseluruhan sistem fertigasi secara masa nyata dari mana-mana lokasi. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menetapkan jadual pembajaan dan siraman, memantau bacaan sensor seperti kelembapan tanah, paras air dan suhu. Selain itu, aplikasi EZ Farm turut menyimpan data tanaman dan mampu membuat ramalan pengeluaran hasil tanaman berdasarkan tempoh penanaman yang ditetapkan pengguna.

Pakej Harga

EZ Farm merupakan sistem pengurusan fertigasi pintar yang boleh dipasang secara plug and play di kebun atau ladang fertigasi konvensional sedia ada. EZ Farm menawarkan beberapa pakej yang berbeza mengikut tempoh penyelenggaraan dan waranti.

* Harga pakej yang dinyatakan adalah sah bagi lokasi pemasangan di negeri Terengganu sahaja. Bagi negeri-negeri lain, sila hubungi kami bagi mendapatkan harga sebenar.

Testimoni Pengguna

Pendapat pengguna kami berkenaan EZ Farm

Senang pantau ladang walaupun berada di luar kawasan.

Tuan Haji Che Hussin bin Che Muda, Kebun Fertigasi KRT Telaga Batin, Terengganu

Dulu saya perlu pantau tangki setiap hari. Sekarang semuanya automatik. Banyak jimat masa dan tenaga. Bacaan EC pula sangat stabil dan penggunaan baja lebih terkawal.

Encik Arif, Kebun Fertigasi KRT Telaga Batin, Terengganu

★★★★★
★★★★★

Hantar Pertanyaan

Hantarkan sebarang pertanyaan berkenaan produk EZ Farm sekiranya ada.

Hubungi kami

Prof. Madya Dr Engku Fadzli Syed Abdullah
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Universiti Malaysia Terengganu

Email

Phone

efadzli@umt.edu.my

+6019 950 2111

EZ Farm adalah produk hasil penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta terpelihara © 2026.