Aplikasi Web EZ Farm

Rancang musim tanaman dengan lebih teratur dan sistematik

Modul Penetapan Musim membolehkan petani mendaftarkan projek tanaman baharu dengan mudah melalui pemilihan jenis tanaman, lokasi kebun, bilangan pokok dan tarikh mula penanaman. Berdasarkan maklumat yang dimasukkan, EZ Farm akan menjana jadual fertigasi secara automatik mengikut fasa pertumbuhan tanaman serta menganggarkan tempoh penuaian yang optimum.

Kelebihan Utama:

  • Pendaftaran projek tanaman secara mudah dan pantas

  • Penetapan jadual siraman, jenis siraman (pembajaan atau pengairan) dan nilai EC secara automatik mengikut fasa tanaman

  • Pengurusan pelbagai plot dan jenis tanaman di dalam 1 aplikasi

Pantau ladang anda pada bila-bila masa dan dari mana sahaja

Modul Pemantauan menyediakan paparan masa nyata berkaitan status tanaman, jadual siraman, bacaan sensor dan log aktiviti sistem. Petani boleh melihat kelembapan tanah, suhu, paras air tangki serta rekod operasi fertigasi terus melalui aplikasi mudah alih secara masa nyata (real-time).

Kelebihan Utama:

  • Pemantauan sensor secara masa nyata

  • Paparan status semasa tanaman dan fasa pertumbuhan

  • Rekod lengkap aktiviti pembajaan dan siraman

  • Membantu pengesanan awal masalah di ladang

  • Petani bebas untuk mengubah jadual penyiraman pada bila-bila masa

Urus hasil dan perbelanjaan ladang dengan lebih mudah

Modul Kewangan membantu petani merekodkan hasil tuaian, pendapatan serta kos operasi ladang dalam satu platform bersepadu. Semua transaksi disusun secara sistematik bagi memudahkan analisis keuntungan dan prestasi projek tanaman.

Kelebihan Utama:

  • Rekod pendapatan dan hasil tuaian

  • Pengurusan kos operasi secara teratur

  • Analisis keuntungan projek tanaman

  • Membantu membuat keputusan kewangan yang lebih tepat

Hubungi kami

Prof. Madya Dr Engku Fadzli Syed Abdullah
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Universiti Malaysia Terengganu

Email

Phone

efadzli@umt.edu.my

+6019 950 2111

EZ Farm adalah produk hasil penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta terpelihara © 2026.