Apa itu EZ Farm?

EZ Farm merupakan sebuah platform fertigasi pintar berasaskan Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan untuk mentransformasikan kaedah pembajaan konvensional kepada proses pertanian yang lebih pintar, autonomus dan dioptimumkan secara saintifik.

Berbeza dengan sistem fertigasi tradisional yang bergantung sepenuhnya kepada konfigurasi pemasa statik dan alat pengukuran EC secara manual, EZ Farm memperkenalkan seni bina pengiraan dos secara volumetrik yang mengira keperluan penghantaran nutrien berdasarkan kuantiti air melalui model matematik berasaskan Fuzzy Auto-tuning.

Platform EZ Farm juga mengintegrasikan infrastruktur IoT teragih yang terdiri daripada sebuah Stesen Utama berpusat dan beberapa Stesen Sokongan yang berkomunikasi menggunakan protokol Bluetooth Low Energy (BLE). Stesen-stesen Sokongan ini sentiasa mengumpul data agronomi secara masa nyata termasuk kelembapan tanah, suhu tanah dan diagnostik operasi bagi menyokong proses pembuatan keputusan secara autonomus.

Salah satu inovasi agronomi utama dalam EZ Farm juga adalah mekanisme pre-irrigation homogenization di mana sebelum setiap sesi pembajaan fertigasi dijalankan, sistem akan mengaktifkan proses penggaulan nutrien di dalam tangki simpanan bagi menghapuskan nutrient stratification, meningkatkan pengagihan dissolved oxygen (DO), mengurangkan risiko penghabluran mikro, menstabilkan gradien haba dan memastikan penghantaran nutrien yang sekata ke zon akar tanaman. Mekanisme ini terbukti mampu meningkatkan tahap kesihatan dan daya tahan tanaman seterusnya menghasilkan kadar tuaian yang lebih tinggi.

Manakala melalui kaedah penjadualan tanaman keseluruhan musim, EZ Farm mampu mengadaptasi jadual siraman, kepekatan nutrien dan parameter operasi secara autonomi berdasarkan fasa pertumbuhan tanaman yang telah ditetapkan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual sambil meningkatkan konsistensi nutrien, kecekapan penggunaan air, keseragaman tanaman dan kebolehskalaan operasi.

Hasilnya, EZ Farm membentuk sebuah ekosistem fertigasi pintar generasi baharu yang menggabungkan computational agronomy, AI based auto-tuning, industrial IoT dan precision agriculture ke dalam satu platform pertanian autonomi yang bersepadu.

Hubungi kami

Prof. Madya Dr Engku Fadzli Syed Abdullah
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Universiti Malaysia Terengganu

Email

Phone

efadzli@umt.edu.my

+6019 950 2111

EZ Farm adalah produk hasil penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta terpelihara © 2026.